- PERKARA BERBANGKIT DAN SYOR AUDIT Terdapat PDA yang bermasalah dan tiada gantian. LKIM Negeri perlu memastikan PDA sentiasa berfungsi. Sekiranya terdapat kerosakan ia perlu dibaiki segera. Selain itu, telefon talian tetap boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi masalah capaian yang berlaku di negeri berkenaan. TINDAKAN SUSULAN Pihak LKIM telah membuat pembelian tambahan PDA
yang dilengkapi teknologi dan perisian baru bagi
menampung keperluan dari semasa ke semasa.
Penggunaan talian tetap seperti yang disyorkan
memerlukan kos pembangunan dan
penyenggaraan yang tinggi. PANDANGAN AUDIT Pihak Audit berpuas hati dengan tindakan yang diambil.
- PERKARA BERBANGKIT DAN SYOR AUDIT Matlamat untuk menyalurkan diesel bersubsidi kepada semua nelayan yang layak tidak akan tercapai kerana pemilik jeti persendirian lebih memberi keutamaan menyalurkan diesel bersubsidi kepada bot sendiri.
- TINDAKAN SUSULAN LKIM telah menetapkan kuota bagi setiap pusat jualan di Negeri Sabah yang telah melantik pemilik jeti persendirian sebagai peruncit dengan memberi keutamaan kepada pusat jualan yang diuruskan oleh PNK. Surat telah dihantar kepada KO-NELAYAN pada bulan Jun 2008.
Pada 3 November 2008, Jawatankuasa Induk Pelaksana Skim Subsidi Diesel Nelayan telah melantik Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) sebagai pemborong diesel bersubsidi dan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2009 secara berperingkat iaitu di kawasan Pantai Timur Sabah dengan kuota sebanyak 9.80 juta liter sebulan. Bagaimanapun atas permintaan Kerajaan Negeri Sabah, perkara ini telah ditangguhkan.
Di peringkat pusat jualan runcit di Negeri Sabah, LKIM telah menutup pusat jualan di EAGA Trade, Hing Lee Fishery, Jeti Barter Trade dalam usaha mengurangkan bilangan pusat jualan persendirian. PANDANGAN AUDIT Pihak Audit berpuas hati dengan tindakan yang diambil. - PERKARA BERBANGKIT DAN SYOR AUDIT
LKIM perlu mengkaji semula kesesuaian lokasi pusat jualan
berbanding dengan bilangan nelayan di kawasan tersebut
dengan mengambil kira jarak, aksesibiliti dan bilangan
nelayan. LKIM juga hendaklah memeriksa lokasi terutamanya
jeti persendirian sebelum dilantik sebagai pusat jualan.
TINDAKAN SUSULAN
Kertas cadangan Penstrukturan Semula Pusat Jualan Diesel Bersubsidi Negeri Perak telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Task Force Ibu Pejabat Bil. 6/2008 pada bulan November 2008. LKIM telah menutup 6 Pusat Jualan di bawah PNK Matang pada 29 Julai 2008.
LKIM akan terus mengambil tindakan secara berperingkat untuk melaksanakan saranan ini terutamanya di Negeri Perak.
PANDANGAN AUDIT
Pihak Audit berpuas hati dengan tindakan yang diambil
(Nantikan BHG III dan terakhir Laporan Tindakan Susulan Ketua Audit Negara. Apakah ISU atau perkara berbangkit yang penting tertinggal dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 sedangkan dinyatakan dalam Laporan 2007?). Menariknya PNK Kunak turut tersenarai.. Apakah perkara ini sudah "BERES"? Sama-sama kita nantikan......