19 November 2009

Penternakan Siput Mentiah (Tropical Abalone) haliotis asinina


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pendapat dan ilham seorang pelawat blog ini yang membuka minda saya untuk berkongsikan ilmu pengetahuan tentang daya maju penternakan siput mentiah di Daerah Kunak. Beliau ada meninggalkan pautan tentang serba sedikit maklumat tentang siput mentiah dalam bahagian "komen dan cadangan" dalam blog ini.



Biologi



Abalone atau siput mentiah merupakan hidupan laut herbivor yang tergolong dalam genus haliotis bermaksud "sea ear". Siput mentiah beriklim tropika (haliotis asinina) adalah yang paling cepat tumbesarannya. Ia boleh mencecah 5 - 7 cm panjang cengkerang dengan purata berat badan 35 - 55g/seekor dalam masa 9 bulan daripada saiz 1.5 cm atau 1g/seekor.



Kriteria Pemilihan Tapak


  • keluasan = 1,000 meter persegi untuk 1 tan pengeluaran

  • kedalaman air = 5 - 10 m pada masa air paling surut

  • sumber air laut = bersih dan jauh daripada air tawar dan pencemaran

  • arus dan ombak yang sederhana

  • terdapat sumber rumpai laut Gracilaria atau "gulaman" yang banyak

Reka Bentuk Sangkar Ternakan


Terdapat pelbagai reka bentuk sangkar ternakan untuk siput mentiah. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah memuat turun risalah daripada SEAFDEC yang begitu padat dan mudah difahami. ( http://www.seafdec.org.ph/pdf/abalone_culture_flyer.pdf )


Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut, sila email saya di ptkarisma@yahoo.com.my. InsyaAllah saya akan bekalkan maklumat-maklumat yang lebih terperinci.


Somoga Berjaya...

3 comments:

  1. Siput mentah merupakan makanan yang disegani oleh ramai pelanggan di restoran kami. Siput yang segar perlu dihantar dengan segera dalam keadaan sejuk (frozen seafood transportation) ke restoran untuk menjamin kualiti yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum bole saya dapatkan no phone tuan tak untuk pertanyaan lanjut pasal abelone

    ReplyDelete