07 July 2009
Ko-Nelayan Perkenalkan Lori "Cold Truck" Tingkat Jualan Air Batu
04 July 2009
MASA DEPAN NELAYAN PESISIR PANTAI
.jpg)

Teluk Darvel merupakan tempat mencari rezeki bagi nelayan pesisir pantai yang tinggal di tiga daerah di pantai timur negeri Sabah sejak zaman sebelum merdeka lagi.terletak diantara Lahad datu, Kunak dan Semporna. Nelayan di tiga daerah ini menikmati hasil tangkapan yang memuaskan. Tahun 90-an kapal-kapal pukat jerut mula membanjari Teluk Darvel, ratusan tan ikan ditangkap setiap hari. Kapal-kapal ini bukan milik orang tempatan dan para pemilik kapal tidak mematuhi jarak minimum operasi pukat jerut dari tepi pantai.
Kawasan yang sepatutnya khas untuk nelayan pesisir pantai dan bot-bot kecil telah diceroboh dengan tiada batasan. Akibatnya, ramai nelayan kecil terjejas teruk. ini boleh dilihat dari penurunan pendapatan yang amat ketara dari tahun ke tahun.
- Mengikuti program transformasi nelayan- 3 hingga 5 nelayan kecil bergabung untuk mendapat pinjaman sehingga RM 350,000.00 . Tujuan dana ini adalah untuk membina bot yang besar dan dilengkapi dengan peralatan moden. Dengan ini nelayan boleh bersaing dengan bot-bot besar.
- Mengusahakan sangkar ikan -para nelayan perlu dorongan dan bimbingan dari semua pihak.Bantuan perlulah jelas dan menyeluruh untuk satu pusingan. contohnya; modal tetap dan modal pusingan. hasil dari projek mestilah dari RM1000-RM2000/nelayan/bulan. Nelayan akan menunjukkan komitmen jika projek mendatangkan hasil. nelayan tidak harus dipersalahkan setiap kali projek gagal.Kenapa penternak swasta boleh berjaya dan kebayakan projek kerajaan untuk nelayan gagal? kita perlu cari puncanya....
01 July 2009
26 June 2009
KO-NELAYAN PEMBELA NASIB NELAYAN SABAH
KUALA PENYU 26 April - Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) memperuntukkan sebanyak RM7.9 juta bagi membina sebuah kompleks perikanan baru menggantikan kompleks yang dirobohkan baru-baru ini.
''Antara kemudahan yang terdapat di kompleks baru ini ialah ruang pejabat, bilik sejuk, stor tong ikan, kilang ais, tapak pasar borong, tempat pendaratan dan dewan pusat jualan.
''Selain itu, kompleks ini turut dilengkapi dengan surau dan kafe bagi memudahkan nelayan menunaikan tanggungjawab mengerjakan solat dan menjamu selera di komplek baru ini,'' katanya.
21 June 2009
Kerajaan Belum Cadang Kaji Keputusan Kekalkan Ko-Nelayan Jual E-Diesel
KOTA KINABALU, 9 Jun (Bernama) -- Kerajaan Sabah belum bercadang mengkaji semula keputusannya untuk mengekalkan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) sebagai pembekal tunggal penjualan diesel bersubsidi kepada nelayan di negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin sebaliknya mahu semua pihak menerima baik keputusan kerajan yang dibuat sebelum ini.
Menurutnya kabinet negeri telah mengambil kira semua faktor, termasuk rayuan Persatuan Nelayan Sabah (Pengasah) sebelum membuat keputusan itu.
Katanya langkah itu perlu bagi menjaga kepentingan Ko-Nelayan sebagai agensi kerajaan negeri yang diberi tanggungjawab mengedar diesel bersubsidi kepada nelayan di negeri ini sejak 2001.
"Saya fikir keputusan itu amat jelas dan tidak perlu lagi saya menyatakannya berulang-ulang kali," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kedai "Fish-Mart" dan kenderaan bergerak "Mobile Fish/Shrimp On Wheel" di Wisma Pertaniaan, dekat sini hari ini.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas rayuan terbaru Pengasah supaya kerajaan negeri memberikan peranan kepada persatuan itu mengendalikan penjualan dan pengedaran e-diesel di Sabah.
Ketika membuat rayuan itu minggu lepas, pengerusi Pengasah Madrah Talih berkata persatuan itu wajar diberi peranan atau turut serta dalam urusan penjualan dan pengedaran e-diesel seperti di Semenanjung dan Sarawak. Penjualan e-diesel di Semenanjung diurus oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) manakala di Sarawak pula oleh Persatuan Nelayan Negeri Sarawak.
Yahya berkata apa juga keuntungan yang diperoleh oleh Ko-Nelayan daripada operasi penjualan e-diesel itu akan disalurkan semula kepada para nelayan dalam pelbagai bentuk, termasuk bantuan peralatan menangkap ikan.
"Tiada nelayan yang dipinggirkan, malah Ko-Nelayan akan terus membantu dan membela nasib para nelayan tempatan," katanya sambil berkata bahawa terdapat sekitar 20,000 nelayan yang beroperasi di perairan Sabah.
-- BERNAMA