26 October 2011

FAKTA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009


Kes Pengurusan Pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bernilai RM243.38 juta adalah ’skandal PKFZ dalam bikinan – ’scandal in the making’. Jalan cerita lebih kurang sama

Projek usahama LKIM dengan Blindforce Sdn Bhd melalui penubuhan Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) pada 12 April 2004.

Blindforce Sdn Bhd memegang ekuiti 60% bernilai RM29.05 dan LKIM memegang 40% bernilai RM11.62 juta melaui sewaan tanah LKIM seluas 20 ekar yang bakal dibangunkan. Perjanjian konsesi penswastaan secara Bina-Operasi-Pindah (BOT) selama 30 tahun.

Sukuk Bai’ Bithaman oleh MITP itu sejumlah RM240 million untuk 10 tahun diberikan penarafan A+ID oleh MARC atau Malaysian Rating Corporation Bhd brdasarkan surat sokongan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan dibiyai oleh OSK Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) mengeluarkan surat sokongan kepada OSK Trustee Berhad pada 15 September 2006 setelah mendapat pandangan Penasihat Undang-undang MOA.

LKIM mengeluarkan ”Letter of Undertaking” yang menyatakan dalam Klausa 24 perjanjian konsesi akan dikuatkuasakan apabila terdapat ’event of default’ berlaku di pihak MITP.


Pada 6 Januari 2010, OSK Trustees mengisytiharkan ’event of default’ terhadap MITP. OSK menuntut sejumlah RM208.62 juta termasuk faedah. Kerajaan perlu tanggung RM83.45 juta iaitu ekuiti sebanyak 40% di dalam MITP.

Implikasi kewangan kini ialah jelas – tanggung pinjaman bon (RM83.45 juta), surat sokongan merupakan liabiliti kepada kerajaan Pusat dan tanah LKIM seluas 20 ekar tidak dapat dituntut kembali kerana telah dicagari MITP dan syarikat MITP kini tidak aktif. Amat malang kerana JV ini dibuat dengan pihak yang tidak punya kekuatan kewangan dan juga tidak punya ’track record’.

SUMBER : ahli Parlimen Kuala Selangor (Dr. Dzul)



Untuk laporan penuh Ketua Audit Negara 2009, Sila Klik Di Sini

No comments:

Post a Comment