04 March 2011

Secawan kopi bersama encik Arnaib bin Hamsah( ahli persatuan nelayan kunak)




Nelayan kunak: Apakhabar bang, macam mana sangkar ikan kita? berapa harga ikan sekarang?

encik Arnaib: Sihat alhamdulillah.., ikan ok, harga kerapu harimau sekarang RM50/kg dan longfu RM60/kg ..bagus pelihara ikan sekarang harga bagus

nelayan kunak:kalau kita buat pinjaman utk buat sangkar boleh? kalau boleh kami pun mau cuba juga..

encik arnaib: inilah masalah utama kita, kita kekurangan modal..saya ada cuba di Jabatan Perikanan melalui dana speks, tapi permohonan saya sudah dekat dua tahun..bulan julai 2009 belum ada respond


nelayan kunak: persatuan nelayan tidak boleh bantu untuk buat pinjaman? apa aktiviti persatuan sekarang? ada kemajuan .besar bah pendapatan persatuan kalau persatuan sudah yang jual diesel sendiri.

encik arnaib: mesyuarat agung 2010, ahli sudah sebulat suara utk menamatkan kontrak dengan aldana bumi.tahun ini pnk kena buat persediaan utk pengambil alihan penjualan diesel di pangkalan. masalahnya di sini kalau pihak pengurusan tdk memasukkan keputusan mesyuarat agung ini dalam minit mesyuarat, di sini masalah akan timbul.

nelayan kunak: mandat mesyuarat agung adalah kuasa yang tertinggi dalam persatuan selagi keputusan itu tidak bertentangan dengan undang2 persatuan. ALP dan pengurus besar lah yang melaksanakan tindakan, betul kah bang..

encik arnaib: bayangkan kota diesel utk kunak berjumlah 1100,000 lit x RM0.08= RM88,000/bulan, RM1,056,000/thn. kenapa kita mau terima RM10,000/bln seperti mana sekarang ini.ini hak semua ahli persatuan nelayan bukan hak kontraktor atau hak tauke2 lengkong di mana individu2 ini sudah kaya. siapa yang peduli nasib ahli2 persatuan nelayan yang mana kebanyakannya nelayan dan isteri2 nelayan yang miskin. saya cukup bangga dan terharu melihat kehadiran ahli2 persatuan setiap kali mesyuarat agung. 80% nelayan kunak adalah miskin tegar.


sekian dulu setakat ini....assalamualaikum....

2 comments:

  1. apabila baca artikel ni, ada seperti berlaku ketirisan dalam PNK? Benar atau tidak.. pihak atau agensi yg bertanggungjawab terutama pihak atasan perlu meneliti dan menyiasat

    ReplyDelete
  2. sy pemborong ikan dari sandakan...ingin membantu nelayan kunak yang dikatakan miskin tegar itu dengan membeli ikan dari mereka..sila hubungi saya utk rundingan..kalu ngam harga, sy byr tunai.0198001942

    ReplyDelete