03 May 2009

MENJELANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009 PERSATUAN NELAYAN KAWASAN KUNAK KALI KE-3


"ALA PILIHAN RAYA UMUM"

Itulah perkataan yang dapat saya gambarkan tentang mesyuarat tahunan kali ini. Bukan sahaja pembentangan agenda-agenda mesyuarat malahan pemilihan Ahli Lembaga pengarah turut dijalankan serentak.


Pemilihan menawarkan 10 kerusi lembaga pengarah dan sebanyak 26 calon bersaing untuk merebut jawatan tersebut. Apa yang menarik adalah kempen-kempen kali ini berjalan dengan begitu aman dan harmoni. Majoriti calon-calon berganding bahu mengadakan acara di setiap kampung nelayan kawasan Kunak. Susun atur program kempen begitu "spoting" dengan memberi peluang kepada semua calon yang hadir untuk berucap dengan syarat tidak memburuk-burukkan pihak yang lain.

Pada 30/4/2009, Pukul 7.00 pm, saya bersama seorang calon ALP ditemani abang saya menghadiri kempen bersama semua ALP di Kunak 3. Malangnya hanya 10 orang calon dapat menghadirkan diri yang lain mungkin ada agenda tersendiri. Bekas pengerusi ALP En. Isnan turut hadir. Alhamdurillah.. hampir semua ucapan tidak menyentuh atau memburuk-buruk calon lain namun apa yang menyedihkan bekas pengerusi ada menyatakan bahawa dia ada mengarahkan ALP Majid untuk mengenalpasti nelayan miskin tegar tetapi tiada seorang pun yang tampil ke pejabat PNK meminta bantuan. Ini membawa maksud seolah-olah ALP Majid tidak menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik. Sejauh mana kebenarannya?

3 comments:

  1. salam, sidang pengarang apa fungsi Ahli lembaga pengarah nie ye?

    ReplyDelete
  2. saya sokong dengan sloga selamatkan golongan nelayan, para nelayan yang nak jana pendapatan lebih boleh klik john albert..

    ReplyDelete
  3. 1. Peranan Utama Ahli Lambaga Pengarah adalah didalam membuat perancangan, keputusan serta merangka dasar atau "policy Formulation And Decision Making" berdasarkan kepada garis panduan, ketetapan serta arahan-arahan yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung sebagai panduan garis dasar Persatuan, disamping mematuhi akan setiap peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah Persatuan Nelayan sepertimana yang telah ditetapkan.
    2. Bertanggungjawab penuh keatas sebarang kerugian yang berlaku yang disebabkan oleh kelalaian, kecuaian, kecurangan atau sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kehendak peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan atau Perlembagaan sesuatu Persatuan Nelayan itu.

    ReplyDelete